Tuesday, February 15, 2011

Mahasiwa inovasi..

Inovasi antara bidang utama yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam memastikan hasrat untuk menjadi negara ekonomi berpendapatan tinggi tercapai.Atas inisiatif ini,Fakulti FPPSM,UTM Johor Bahru telah menganjurkan Karnival Inovasi pada 23-27 Mac 2011 bertempat di Bilik Bestari,D05,FPPSM.Pertandingan terbuka pada dua kategori iaitu Mahasiswa dan pelajar Sekolah.
Objektif utama pertandingan inovasi ini adalah untuk mendidik mahasiswa dan pelajar untuk menjadikan inovasi sebagai kerjaya utama dan penting dalam memastikan negara dapat melahirkan rakyat yang berfikiran inovasi.Perkara inovasi akan dapat memastikan Malaysia terus melakar menjadi negara yang paling hebat dalam aspek penciptaan dan penemuan peralatan baru.