Monday, April 29, 2013

BR1M (RM500 – RM1200) Lebih Baik Daripada Turun Harga Minyak (RM1.50)? Apa Pilihan Anda?

Sebelum ini, Berita pernah mengeluarkan laporan berita yang mana Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sekitar RM1.50, itupun jika rakyat Malaysia memberikan mandat kepada mereka pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kelak. Walaubagaimanapun……
Datuk Najib melalui ucapan terbarunya menemplak tindakan Pakatan Rakyat yang mahu turunkan harga minyak kerana beliau merasakan pemberian BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 seperti yang dilakukan kerajaan piminannya sekarang lebih baik dan bagus berbanding dasar Pakatan Rakyat.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika dibuat perbandingan antara janji pembangkang yang mahu kurangkan harga minyak dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) – bantuan yang diberikan kerajaan itu lebih baik dan menguntungkan rakyat.
Kita kurangkan (harga) minyak siapa untung? Orang kaya yang untung. Orang kaya yang bawa kereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung.
“Bila kita bagi BR1M siapa untung? Rakyat yang untung. Sekarang ini kita dapat lima keping. Ada yang ketaq lutut orang Kedah kata.
“Bila dapat BR1M bukan sahaja rakyat untung tapi pekedai untung, peniaga pasar tani, pasar minggu pun untung.
“Ekonomi semakin berkembang,” katanya yang disambut sorakan oleh kira-kira 1,000 hadirin.
Alasan yang digunakan Datuk Seri Najib adalah, BR1M lebih menguntungkan rakyat. Manakala tindakan menurunkan harga minyak yang disubsidi, dikatakan tidak menguntungkan rakyat oleh kerana orang kaya dan pekerja asing juga akan dapat menikmati minyak subsidi ini.
Hakikatnya, menurunkan harga minyak memberikan kesan domino terhadap kebanyakan sektor dan ianya melibatkan banyak rantaian ekonomi dan juga rakyat malaysia secara amnya.
Berita Semasa sedar, paras harga minyak ketika ini sememangnya membebankan ini kerana kami sendiri sebagai pengguna harian minyak petrol RON95 juga. Harga minyak yang tinggi, akan menaikkan kos pengangkutan dan seterusnya berkemungkinan, harga barang juga akan turut sama terkesan dan meningkat.

 Jika sekiranya harga minyak dapat diturunkan, ia memberi kelegaan kepada rakyat. Manakala kos pengangkutan juga akan menjadi murah dan berkemungkinan harga barang juga dapat diturunkan.
Sekurang-kurangnya, jikalau harga barang tidak juga turun walaupun harga minyak sudah diturunkan, peniaga tidak mempunyai apa-apa alasan untuk terus menaikkan harga barang sesuka hati daripada masa ke semasa dibandingkan dengan suasana sekarang.
Kami tidak menidakkan terus pemberian BR1M ini juga ada bagusnya. Tetapi adakah ianya memberikan kesan yang besar kepada ekonomi secara keseluruhan? Pendapat kami, pemberian BR1M ini hanya sesuatu bersifat jangka pendek dan bersifat berkelompok. Melainkan bantuan BR1M ini diberikan secara bulanan. Tetapi ia tidak berlaku….
  • Pemberian BR1M 1.0 & BR1M 2.0 : RM5.6 bilion (Barisan Nasional)
  •  Jumlah subsidi tambahan untuk harga minyak menjadi (RM1.50) adalah berjumlah RM6.8 bilion setahun (Pakatan Rakyat)
Bagaimana pula nasib miskin bandar yang berpendapatan lebih sedikit sahaja RM3000 yang tidak layak menerima BR1M? Adakah mereka ini turut rakyat Malaysia juga? tetapi malangnya mereka tidak layak merasai sendiri kemeriahan BR1M 2.0.
  • Realitinya sekarang ini kalangan menteri menikmati tol percuma dan dapat mengisi minyak dapat memikirkan kos bahanapi yang digunakan mereka hasil wang rakyat malaysia
  • Sedangkan, hakikatnya rakyat Malaysia yang acapkali berhadapan dengan bebanan kos sara hidup baik di kawasan bandar atauoun di luar bandar
Sebenarnya,kita boleh terima pendapat sekiranya harga minyak tidak diturunkan kerana atas alasan kos subsidi akan meningkat atau menyebabkan peningkatan penggunaan stok minyak negara. Tetapi, kalau dibandingkan dengan BR1M? Hmmm….membuatkan kita berfikir dua kali.
  • Wang tunai sifatnya sementara & kepuasan jangka pendek berbanding penurunan petrol yang sifatnya kekal yang dikatakan menyeluruh mendapat tempiasnya termasuk kos pengangkutan bahan-bahan makanan, kos pengangkutan awam,
  • Kalangan yang memiliki gaji lebih sedikit daripada RM3,000 tetapi dalam pada masa yang sama tolak duit rumah, kereta, pinjaman PTPTN, pendidikan anak-anak seramai 3-4 orang, duit minyak, duit tol, berapa banyak yang tinggal pada setiap hujung bulan?
  • Tetapi dalam pada masa yang sama mereka tidak layak menerima BR1M?
  • Apakah rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3010 sebulan hidupnya cukup mewah & kaya dibandingkan dengan yang berpendapatan RM3000 + menikmati BR1M RM500?
Ya…kita bersetuju dengan pendapat turun harga minyak memang tidak semestinya menyebabkan harga barang turun. Benar! Tetapi…
  • Sekurang-kurangnya jika harga barang tidak turun ketara sekalipun, dan dalam pada masa yang sama tiada alasan harga barang untuk dinaikkan sesuka hati.
  • Sekurang-kurangnya kos penggunaan minyak seharian berkurang yang mana ramai golongan pertengahan menikmati tempiasnya
 saya perhatikan golongan pertengahan kurang mendapat perhatian daripada pihak kerajaan sedangkan golongan inilah yang banyak menggerakkan ekonomi negara ketika ini. Adakah di Malaysia sekarang ini hanya ada 2 golongan sahaja, iaitu golongan kaya dan miskin sahaja sehingga terlupa kewujudan golongan pertengahan dan hakikatnya golongan inilah yang paling ramai di Malaysia yang rata-ratanya adalah penyumbang cukai kepada negara?
Daripada sudut ekonomi, pemberian BR1M ini telah menyebabkan lambakan tunai untuk tempoh yang sementara dalam ekonomi.
  • Apabila terlalu banyak tunai, bermaksud permintaan untuk beli barang akan turut naik
  • Harga barang akan kekal setelah naik, tetapi apabila tunai di pasaran ekonomi telah mulai berkurang
  • Apa ajdi kepada rakyat selepas itu?
Ya, masalah utama yang memuncak hari ini adalah nilai pendapatan bersih rakyat.

Kesan BR1M RM500 – RM1200 VS Harga Minyak Turun RM1.50?

Apakah kesan Bantuan BR1M?
  • Rakyat dapat duit one-off RM500-RM1200, mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah.
  • Rakyat dapat berbelanja, beli barang atau bayar hutang dengan duit tersebut
  • Ada lagi daripada anda sendiri?
Kesan kepada ekonomi, hutang negara bertambah dan harga barang akan meningkat disebabkan peningkatan permintaan dan spekulasi, pengurangan bban kos sara hidup akan mulai terasa kembali apabila duit telah habis dibelanjakan.
Apakah kesan Penurunan Harga Petrol?
  • Semua lapisan masyarakat dapat jimat duit minyak sebanyak 21% sebulan (RM0.40/RM1.90 x 100%) tidak kira kepada golongan pertengahan, rakyat miskin
  • Penggunaan kos bahanapi terhadap pengangkutan awam, pemborong kalangan perniaga
  • Produktiviti bertambah kerana kos bahan api telah dijimatkan, contohnya salesmen yang kerja luar, sudah jimat duit minyak.
  • Ada yang anda mahu tambah?
Kesan kepada ekonomi, semestinya beban hutang negara turut bertambah, produktiviti bertambah, syarikat boleh buat lebih banyak keuntungan, kos operasi pengangkutan awam dapat dijimatkan, kos operasi perniagaan juga dapat dikurangkan.
Adakah anda bersetuju dengan pendapat Mohd Najib bahawa BR1M lebih baik dari turun harga minyak? Mengapa?

 Azizi Noor Fizi Bin Jamion,Kulaijaya