Tuesday, October 2, 2012

~✿>> APA ITU ZINA HATI? <<✿~

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, NAFSU mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya."
Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim:

"Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan HATI itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya."

✿ EKSTREMIS DI DALAM ISU ZINA HATI ✿
“Melihat perempuan itu haram..”
“Mendengar suara perempuan itu haram..”
“Mengingati bayangan perempuan itu haram..”
“Semua itu adalah zina..”

>> Biasa mendengar klausa-klausa kata sebegitu? Banyak kali dengar kan? Mungkin agaknya mereka mahu menjadikan PEREMPUAN itu sebagai MAKHLUK HARAM di atas planet bumi ini, dan bagi perempuan pula mereka mahu menjadikan makhluk LELAKI sebagai makhluk haram di atas planet bumi ini..

Sampai begitu sekalikah pandangan anda tentang PENGHARAMAN segala yang datang daripada perempuan atau segala yang datang daripada lelaki? Sedangkan KHINZIR pun tidak sampai ke tahap itu diharamkan dalam Al-Qur’an. Yang hanya diharamkan adalah MAKAN DAGINGNYA sahaja.

✿ SEDIKIT CONTOH-CONTOH KEKELIRUAN ✿
1. “Astaghfirullahalazim! Apa yang telah aku lakukan? Bukankah berhubung dengan berlainan mahram sehingga membibitkan perasaan cinta itu HARAM berdosa..”

Komen saya: Alangkah jahilnya. Bagaimana mungkin perasaan cinta yang timbul dalam hati itu dianggap haram dan berdosa???

2. Zinanya hati ini berlaku apabila hati kita menginginkan sesuatu yang haram bagi kita secara berlebih-lebihan. Sebagai contoh, keinginan itu seperti ingin dirindui, dicintai, dibelai, mengingati si dia lebih daripada kita mengingati Tuhan.

Komen saya: Masih gagal memahami maksud zina hati dengan baik. Yang pertama katanya zina hati adalah: Menginginkan perkara haram secara berlebihan. Kalau begitu, menginginkan perkara haram secara tak berlebihan tu kira oklah ya???

Yang kedua, contoh yang diberikan itu satu pun tidak termasuk dalam zina hati, hal-hal itu bukan termasuk dalam bab zina hati, tetapi termasuk dalam bab lagha dan melakukan perkara yang harus dengan berlebihan.

3. Seorang lelaki teringatkan perempuan, itu zina hati kan? Saya pun kurang jelas dengan konsep zina hati ni. Jadi maknanye kalau teringat saja kat bukan mahram kita tu dah kira zina ya? Satu lagi, lelaki tersebut sahaja yang berdosa atau pun keduanya?

Komen saya: Lelaki ingatkan perempuan itu zina hati? Perempuan ingatkan lelaki zina hati? Hehe… luasnya skop. Kalau macam tu, lelaki lepas ni janganlah ingat kepada ustazah kat sekolah, perempuan pula jangan ingatkan ustaz kat sekolah. Itu semua zina hati tu, berdosa tau tak… hehe. Come on lah, sudahlah maksud zina hati itu pun tak faham, mudah-mudah sahaja memberi pandangan.

4. Adapun soal siapa yang berdosa dalam hal ini, jawabnya tiada sesiapa yang berdosa baik lelaki mahupun perempuan kerana itu bukan zina hati. Bagi saya memang zina hati susah untuk dihindari terutama zaman sekarang. Lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang. Walaupun dengan bermesej, boleh diragukan kita buat zina tangan. Itu zina tangan, kalau dah zina luaran, macam mana pula dalaman?

Komen saya: Astaghfirullah, pandangan yang penuh dengan ta’annut dan tasyaddud. Gagal dalam memahami maksud zina hati dan zina kecil yang lain. Bermesej di telefon itu zina tangan?? Kalau anda bermesej mengajak kepada persetubuhan, semestinya itu zina tangan, tapi kalau sekadar bertegur sapa pun nak dilabelkan sebagai zina, maka anda tersasar jauh.

Memang berhubung antara lelaki dan perempuan hanya perlu apabila ada keperluan. Tapi kalau tiada keperluan dan sekadar menggatal, tidak boleh sewenang-wenangnya dengan mudah mengkategorikan hal itu dalam bab zina tangan tetapi dikategorikan dalam bab buat perkara lagho tak berfaedah. Sudahlah gagal memahami maksud zina-zina kecil tu, gagal pula membezakan antara mereka yang melakukan zina kecil dengan mereka yang melakukan perkara-perkara lagho tak berfaedah.

5. Saya selalu digosip kawan-kawan dengan seseorang, bila nama orang tu disebut-sebut, saya akan teringat kepada dia dan ini menyebabkan saya terpalit dengan dosa zina hati kerana mengingati seseorang yang bukan mahram dengan saya. Astaghfirullah, moga-moga Allah mengampuni dosa saya.

Komen saya: Oh ya ke, kalau begitu lepas ni janganlah ingat langsung kepada sesiapa yang bukan mahram anda. Sepupu anda, cikgu anda, pak guard sekolah anda, perdana menteri negara anda, kerana itu semua bukan mahram anda tu. Zina hati tu… Hai, mudah-mudah saja membuat hukum ya.

p/s : ISLAM tidak datang untuk menjadi MUSUH kepada naluri dan perasaan manusia tetapi untuk memberikan PEDOMAN dan TUNJUK AJAR supaya manusia dapat mengawal naluri dan perasaannya ke arah kebaikan..dengan itu dapatlah kita menjadi MANUSIA YANG BAIK bukan menjadi malaikat yang baik..♥♥

:: Ubah perspektif kamu terhadap FITRAH yang telah dikurniakan Allah, fitrah perlu DIJAGA, perlu DIPELIHARA..bukan untuk DIHINA dan SINGKIRKAN ::

✿:: AL-QURAN KALAMULLAH ::✿

✿~ Kepada yang MAMPU, hafallah..
✿~ Kepada yang TIDAK MAMPU, bacalah..
✿~ Kepada yang LEMAH, bergurulah..

JANGAN biarkan Al Quran memburuk di atas almari, jangan tinggalkan Al-Quran bersendirian..sesungguhnya kitab mukjizat lagi SUCI nan MULIA itu tidak
sepatutnya diperlakukan sedemikan rupa..

Jika buku ilmiah, majalah, novel boleh dibaca sehingga ke titik terakhir, jika di alam maya, boleh seharian mengadap berjam-jam lamanya..jika surat khabar, kita belek lembarannya 5 kali sehari..KENAPA tidak dengan Al-Quran?
(Astaghfirullah’azim, betapa lalai dan cuai dan malasnya diri ini :(( )

CARILAH MASA untuk membaca AL Quran..ada HAMBA ALLAH selalu berkata :
"Jika tidak boleh membaca 1 juzuk sehari, bacalah sehelai sehari..atau 1 muka surat sehari, atau membaca setakat mana terdaya yang mampu..."

“Orang MAHIR dalam bidang Al-Quran maka ia bersama para Nabi dan syuhada..adapun orang yang MEMBACA DENGAN GAGAP (tidak mahir) namun hatinya TERTAMBAT kepadanya, maka ia memperolehi DUA PAHALA.”
(Hadis riwayat Muslim)

MOHONLAH KEKUATAN dari Allah untuk melawan NAFSU MALAS kita kerana sesungguh tiada daya dan upaya, hanya kepada Allah TEMPAT PERTOLONGAN..

Ada satu Hadis Nabi saw yang mengatakan kepada sesiapa saja yang membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkanya, maka akan dipakaikannya kepada KEDUA IBU AYAHNYA pada hari kiamat MAHKOTA DARI CAHAYA yang sinarnya bagaikan sinar matahari, dan dikenakan kepada kedua orang tuanya DUA PERHIASAN yang nilai tidak tertanding oleh dunia..masyaAllah, terlalu indah..rebutlah PELUANG yang ada untuk ibu dan ayah kita..♥♥

:: InsyaAllah, ISTIQAMAH dalam membaca AL-QURAN ::

Budget Kematian Kita.

Anda dah kumpul duit kos mati diri sendiri?

Kos mati kita ( Kos mati bukan kos nikah ya )
-----

Kita tak tahu bila kita akan mati. Masa kita hidup, kita dah banyak menyusahkan keluarga kita dan orang lain. Jadi, mulai dari hari ini, saya syorkan anda dan saya cari duit halal dari su
mber yang halal hasil titik peluh kamu sendiri ( bukan ptptn or wang biasiswa pengajian ), lebih kurang RM1000-1500.

Memang tabung khairat kematian tu ada di setiap negeri, tapi cuba kita sediakan awal-awal duit kita sendiri. Sampai mati pun nak guna duit orang.

Senarai semak kos mati kita:-

Harga kain kapan = RM60-65
Upah gali kubur = RM200-300
Urusan mandi dan mengkafan mayat = RM100-200
Kenderaan jenazah (jika perlu)= RM150-RM200
Urusan kubur dan sewa tempat mandi jenazah (jika perlu) = RM100
Sedekah pada yang hadir solat jenazah termasuk imam (jika berkemampuan) = RM10 x 50 = Rm500

Ini juga adalah persiapan awal kita menghadapi mati kita sendiri.

Bersediakah kita untuk mati? Ini persiapan teknikal je baru. Bukan bekalan amalan lagi. Amalan adalah MANDATORI atas kita untuk bawa bekal amal pahala banyak-banyak bersama ke dalam kubur.



p/s: Batu nesan cantik-cantik kotak marmar semua tu tak perlu. Letak je batu sungai biasa sebagai tanda ni kubur aku. Nak hias-hias kubur pun tak perlu. Dah mati kan? Nak lawa-lawa apa lagi?