Tuesday, November 26, 2013

Cinta Halal dan Hikmah Istikharah

Rasa cinta pasti ada, Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini, Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya, Sampai datang akhir masa.
Perasaan insan sama, Ingin mencinta dan dicinta

Bukan ciptaan manusia, Tapi takdir yang kuasa
Janganlah engkau mungkiri, Segala yang Tuhan beri
**RENUNGKANLAH “ALBUM PELITA HIDUP III: ARTIS HIJJAZ”***
“Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia, mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi mahabbah
Itulah dia Cinta..”
“Sekalipun cinta telah kuuraikan, dan kujelaskan panjang lebar, namun jika cinta kudatangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..”
**DIPETIK DARI FILEM “KETIKA CINTA BERTASBIH (1)”***
Melayari kehidupan dunia bagaikan melayari ombak yg sentiasa tidak tenang, dengan tenggelam timbulnya pelbagai perasaan dan emosi. Hanya DIA yang Maha Mengetahui kehebatan dugaan ini.
Terutama apabila dikaitkan dengan perasaan dan rasa cinta fitrah yg diciptakan Allah bersama-sama penciptaan kita di dunia ini, sama ada yg bakal dialami atau sedang dialami oleh sesiapa sahaja, terutama golongan remaja.
Pelbagai ragam disaksikan oleh seluruh dunia, akibat penangan cinta yg diibaratkan api menyala-nyala, yg mana lagi disimbah, lagi marak ia menyala.  Sehubungan itu, utk memadamkannya terus pasti sesuatu yg mustahil utk dilakukan.
Namun, jika ini fitrah dariNYA, maka yg pasti DIA tidak akan menzalimi hambaNYA, dan sudah pasti tersedia satu panduan pengawalan kepada fitrah ini.
Sebagaimana diketahui, nyalaan api memang membahayakan jika dibiarkan, namun jika dikawal dan diekploitasi dgn baik, berbahaya akan bertukar menjadi bermanfaat, seperti utk dijadikan bara memanaskan badan, atau untuk dijadikan tempat memanggang.
Apakah panduan yg DIA sediakan itu? Jawapannya adalah sunnah Rasulullah SAW yg amat menggalakkan perkahwinan.  Kerana hanya kahwin dapat membendung fitrah ini, cinta yg halal disebabkan satu ikatan suci.
Dalam mencari keredaanNYA, perjalanan utk mendapatkan cinta yg halal itu perlu diambil perhatian sebenar-benarnya agar tidak terpesong dek desakan dan hasutan Iblis dan konco-konconya dalam memperindahkan maksiat kpd Al-Khaliq SWT.
Oleh itu, di sini diberikan satu garis panduan dalam mendapat keredhaannya dalam menelusuri medan pencarian cinta yg halal, dengan berpandukan Ayat 235, Surah Al-Baqarah:
وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
“Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma’ruf. Dan janganlah kamu ber’azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis ‘iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.”
Walaupun ayat ini, diturunkan bagi penerangan cara melamar dan mengahwini wanita yg masih dalam iddah (dari penceraian hidup atau mati), namun caranya masih boleh dipraktikkan dalam pencarian cinta halal yg diredhaiNYA sentiasa.
Melalui rujukan Tafsir Ibn Kathir, berikut dinyatakan langkah yg perlu diambil perhatian sepanjang perjalanan mendapatkan cinta yg terbaik lagi halal, apabila seseorg lelaki berkenan kpd si dia (perempuan) sebagaimana dinyatakan dlm ayat di atas:
(1) Menyatakan perasaan melalui sindiran dgn kata2 kinayah/berlapik (tersirat) yg baik-baik
(2) Menyembunyikan perasaan di dalam hati dan hanya menyebut-nyebutnya di kalangan org lain, tidak kepadanya secara jelas.
(3) Dilarang sekeras-kerasnya membuat janji rahsia dengan melafazkan perkataan yg tidak sepatutnya secara jelas dan boleh membawa kelalaian dan kemabukan cinta, seperti melafazkan (Aku Cinta Padamu, dan Aku berjanji akan berkahwin dgn mu), tetapi memadailah sekadar kata-kata kinayah/sindiran yg baik (antara sindiran yg baik, saya tertarik/minat dgn mu!) dan yang penting disusuli dengan pengetahuan wali/keluarga.
Daripada langkah yang disebut jelas oleh Allah SWT sebagai panduan, perlu ditekankan juga, segala-galanya juga perlu disandarkan dengan pergantungan kepadaNYA iaitu dengan ISTIKHARAH. Yangg pasti, tiadalah penyesalan/kekecewaan/putus asa bagi yg meminta petunjuk keputusan dariNYA.
Dinasihatkan dalam sebuah athar :
ما خاب من استخار ولا ندم من استشار
Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)
Dengan mengikuti cara-cara yang Nabi Muhammad SAW tunjukkan, dan dengan doa lengkap baginda ajarkan khas utk ummatnya, maka InsyaAllah di sana akan ada petunjuk terbaik.
Memadailah kita berusaha dengan strategi dan perancangan, dan selebihnya urusanNYA yg menentukan terbaik utk kita, kerana ”Ada hal-hal yang harus difikirkan manusia, tetapi ada juga hal-hal yg BUKAN HAK manusia utk memikirkannya..”
Tentang jawapan atau petunjuk Istikharah, tidak menjadi kemestian melalui mimpi atau sebarang petunjuk tertentu, dan kadang-kadang/kebanyakan petunjuk mimpi bukanlah petunjuk yg paling tepat kerana kita bukanlah seseorg yg bersih hatinya, dan kemungkinan mimpi kita telah diganggu oleh Syaitan untuk memayahkan kita dengan jawapan itu.
Justeru, apa yang dianjurkan adalah istikharah diteruskan sehingga ikatan pertalian telah selesai dilaksanakan, dan jawapan sebenar kepada istikharah adalah kelancaran perhubungan kita dengan si dia, tanpa ada sebarang halangan di tengah-tengah jalan.
Berikut adalah beberapa bentuk jawapan yg bakal kita dapat hasil istikharah berterusan dan hikmahnya.
(1) Jika diberi petunjuk positif, maka Alhmdulillah.  Dan teruskan istikharah dan sentiasa bersyukur kepadaNYA.  Hikmahnya adalah TIADA RUGI..
(2) Jika negatif jawapannya, maka itu lah dia hikmah Istikharah iaitu TIDAK KECEWA.
(3) Jika lambat mendapat keputusan maka hikmah Istikharah iaitu TIDAK PUTUS ASA.
Wallahu’alam..
Kesalahan yg biasa dilakukan oleh dua pasangan dalam istikharah, di sini ditegur dan disyorkan penyelesaian seikhlasnya utk kedua-dua, sama ada lelaki atau perempuan:
(1) Sekiranya hasil istikharah menunjukkan ketidakselesaan (dan dia merasakan ini jawapan) pada hati kepada salah seorg, maka dinasihatkan memberitahu kpd pasangan dengan sebaik mungkin, dan diberhentikan..dalam masa yg sama istikharah diteruskan.
(2) Jika didapati jawapan adalah positif, maka digalakkan disegerakan perkahwinan berserta diteruskan lagi istikharah, agar tiada masalah di sepanjang pelaksanaan.
(3) Jika belum mendapat apa-apa kepastian jawapan, maka digalakkan meneruskan istikharah dengan lebih istiqamah.
Adalah menjadi kesalahan dan satu kesilapan besar apabila masing-masing membuat istikharah dan mendapat jawapan, tetapi menyatakan “Saya sudah melaksanakan istikharah, dan jawapannya tidak boleh diberitahu (dirahsiakan), cukuplah saya dan Allah sahaja yg mengetahuinya”.
Kenapa kenyataan ini salah, walaupun seolah-olah jika kita perhatikan mempunyai unsur-unsur pergantungan yg tinggi kepada Allah?
Betul! pergantungan kepadaNYA begitu tinggi (hablun minallah memang hebat), tetapi ke mana pergi hablun minan nas. Tidakkah dengan jawapan “gantung tidak bertali” ini akan menyebabkan pihak yg sedang menunggu jawapan, tertunggu-tunggu.  Dan ternanti-nanti, malah menyebabkan fikiran pihak itu terganggu dalam segala urusan, hati pihak itu juga tidak akan tenang.
Alangkah baiknya, jika berterus terang.
قل الحق ولو كان مرا
(Katakanlah benar walaupun pahit), kata-kata Hikmah ini memadai utk menjawab segala-galanya, kerana dengan berterus-terang dan jujur, banyaknya kebaikan dan manfaat untuk semua.
Cukup mudah disebut, tapi agak susah dilaksanakan..BERTERUS TERANG dan JUJUR..
Seterusnya, dinasihatkan kepada yang sedang mengalami masalah ketidakstabilan emosi dalam menghadapi gelombang cinta ini.  Tiada cinta yg sebenarnya kecuali hanya selepas dihalalkan dengan ikatan pernikahan, dan untuk ke arah itu, persediaan mental dan fikizal amat penting.
Oleh itu, sebelum melayan alunan cinta, pastikan kita cukup bersedia dengan perancangan ke arah utk menghalalkan perhubungan, bukan sekadar mahu melayan mengikut tuntutan nafsu muda semata-mata.
Jika perancangan belum pernah terlintas atau perjalanan masih jauh, adalah dinasihatkan cubalah sedaya upaya mengawal arus deras cinta yg hanya bakal menghanyutkan.
Sekali kita hanyut, selamanya kita akan menyesal, kerana dibimbangi KAFFARAH (penghapusan) dosa akan diterima apabila kita berkahwin kelak.  Memang alunannya mengasyikkan sebelum kahwin, tetapi apabila setelah kahwin, alunan ini akan bertukar menjadi sumbang dan menyakitkan telinga.

Kerana percayalah, modus operandi Iblis dan konco-konconya hanyalah mencantikkan serta memperindahkan maksiat, dan menghodohkan serta memburukkan ibadah.
Akhirnya, nasihat ringkas untuk semua yg terlibat dgn hal-hal ini, mulakan dengan ISTIKHARAH pada hari ini, bukan dengan menetapkan “nama si dia” tetapi memadailah dengan menyatakan kepadaNYA “jodoh terbaik untukku”..agar hasil istikharah kita yg berterusan itu, dan jawapannya adalah sesuatu yg terbaik bakal DIA takdirkan.
Bagi mereka yg sedang dalam lamunan dan hanyut ombak, fikir-fikirkanlah utk menghalalkannya, dan jika masih belum bersedia, jangan sesekali bermain “api”.
Dan bagi yang belum tiada dan masih dalam proses mencari atau masih belum memikirkan, maka sentiasalah berdoa ada diketemukan yang terbaik dari sisiNYA, dan setiap takdirNYA itu dirangkaikan dengan keredhaannya semata-mata.
Satu analogi utk seseorg yg bersedia ke arah cinta halal atau yg sedang bercita-cita ke arah itu..
“Untuk menjadi nakhoda, apa yang penting pada mulanya adalah persiapan sebuah bahtera yang lengkap dan berusaha sedaya mungkin untuk melihat dari segenap penjuru tentang keadaan bahtera tersebut.  Seterusnya, nakhoda juga perlu menyiapkan diri dengan ilmu-ilmu pengendalian bahtera, serta ilmu-ilmu teknikal yang berkaitan, agar dengan membawa masuk anak-anak kapal ke dalam bahtera seterusnya berlayar, dapat menjamin keselesaan mereka semua.  Yang pasti setiap bahtera berlainan nakhoda dan berlainan lautan menjanjikan pelbagai peristiwa/dugaan yang bakal ditempuh, dan ini semua diatasi dengan ilmu-ilmu yg telah dilengkapi sebelum ini..”
“jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit dan masih belum tetap pendirian serta keyakinan, jangan sekali mencuba utk memasuki alam perkahwinan yg menanti dgn 1001 warna kehidupan..”
Walau bagaimanapun, SABAR, TAWAKKAL & TAQWA itulah kunci segala-galanya..
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu..
- Artikel iluvislam.com

Negara Bakal Bankrup Kalau Tidak Laksana GST? Rakyat Mesti Terima Kenyataan! Read more: http://agendasemasa.com/malaysia-bankrup-laksana-gst#ixzz2lnq5tJs7

Rakyat Malaysia sudah sedia maklum, bahawa pelaksanaan Good And Service Tax (GST) pada tahun 2015 ini telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan Bajet 2014 Oktober lalu.Rakyat juga tahu pelaksanaan GST ini juga telah menyebabkan perbezaan pendapat di antara pembangkang yang juga lantang dalam menentang pelaksanaan GST ini.
Najib Razak, dalam ucapannya menyebut rakyat perlu terima pelaksanaan GST untuk mengelakkan negara terpaksa meminjam wang dan boleh menyebabkan hutang negara semakin tenat dan boleh menuju ke arah kebankrapan.(KLIK SINI)

Hutang Negara Malaysia Tahun 2009 – 2013 Di Bawah Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak

  • Hutang Negara Akhir Tahun 2009 – RM 348.6 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2010 – RM 390.356 bilion
  • Hutang Negara Akhir tahun 2011 – RM 438.467 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2012 – RM 507.5 bilion
  • Hutang Negara  Suku Pertama 2013 – RM 547.79 bilion
Kalau kita lihat fakta di atas, hanya dalam masa 3 tahun sahaja, iaitu dari tahun 2009 hingga ke tahun 2012, pertambahan hutang negara adalah sebanyak RM 158.9 bilion.Dimanakan perbelanjaan kerajaan ini disalurkan? Takkan lag semuanya disalurkan sebagai subsidi kepada rakyat yang terdiri daripada subsidi eletrik, minyak, dan keperluan asas yang lain?
Hutang negara telah pun berada pada paras 53% daripada KNDK.Dan seingat kami, akhbar Utusan ada menyiarkan kenyataan bahawa kadar hutang negara masih rendah jika hendak dibandingkan dengan Singapore,Jepun dan Amerika Syarikat.(KLIK DI SINI)

Kadar Peratusan Hutang Negara Malaysia, Jepun,India, Amerika Syarikat, German Dan Greece Dengan KDNK

  • Malaysia – 53& KDNK
  • Singapura – 111% KDNK
  • Jepun – 237% KDNK
  • India – 66% KDNK
  • Amerika Syarikat – 106% KDNK
  • United Kingdom – 93% KDNK
  • German – 82% KDNK
  • Greece – 168% KDNK
Sumber fakta ini diambil dari akhbar Utusan Malaysia dalam ucapan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Macam biasa, kalau buat perbandingan harga minyak, Kerajaan akan membuat perbandingan dengan Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sedangkan Malaysia terdiri di tempat ke-27 sebagai negara pengeluar minyak.Tak perlu lihat lebih jauh, Mesir, yang menduduki tangga ke-28 sebagai negara pengeluar minyak, harga minyak RON 95 di sana adalah RM 0.95 sen/liter. Ecuador di tempat ke 30 pula, harga minyak RON 95 adalah RM 1.35/liter.Kemboja, yang langsung tidak tersenarai dalam senarai negara pengeluar minyak, menjual minyak RON 95 pada RM 1.93.liter.Lebih murah!
Pada kami, adalah lebih baik Menteri Kewangan Ke-2, bandingkan pula kadar KDNK negara-negara yang dibuat perbandingan dengan Malaysia dalam kenyataannya.
  • KDNK Malaysia : RM 1.020 trilion (jangkaan tahun 2013)
  • KDNK Singapura : RM 956.7 bilion(jangkaan tahun 2011)
  • KDNK Jepun : RM 17.892 trilion (Jangkaan tahun 2012)
  • KDNK India : RM 5.472 trilion (jangkaan tahun 2011)
  • KDNK Amerika Syarikat : RM 48.732 trilion (jangkaan tahun 2012)
  • KDNK United Kingdom : RM 7.428 trilion (jangkaan tahun 2012)
  • KDNK German : RM 10.287 trilion (jangkaan tahun 2012)
  • KDNK Greece : RM 747.597 bilion (jangkaan tahun 2012)
Kalau dilihat kadar KDNK negara-negara yang disebut di atas, hanya Greece dan Singapura sahaja yang berada di bawah KDNK Malaysia.Tetapi, negara Greece sudah pun bankrap.Dibandingkan Malaysia dengan negara lain di atas, KDNK Malaysia masih terlalu jauh.
Kalau hutang Malaysia berada di dalam keadaan stabil, seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini,  mengapa pula membuat kenyataan negara bakal bankrup kalau tidak laksanakan GST? Terdapat percanggahan kenyataan di situ.Mana satu yang betul? Kami tinggalkan persoalan ini kepada anda!

Sunday, September 15, 2013

♥♥♥Ciri suami Awesome♥♥♥



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini!hehe..

Friday, August 9, 2013

MANISNYA CIUMAN SEORANG ISTERI..

Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas azar, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik. “Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi ayang. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia
mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi ayang, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.

Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.


Apa Maksud “OPPA GANGNAM STYLE”?

GANGNAM STYLE” adalah bahasa Korea yang merujuk kepada gaya hidup mewah yang dikaitkan dengan daerah Gangnam, kawasan mewah dan bergaya Seoul. video muzik menggambarkan Psy(Penyanyi) menari di pelbagai lokasi di Gangnam dan lagu itu adalah mengenai “the perfect girlfriend who knows when to be refined and when to get wild.
Dalam bahasa Korea, “오빤 강남 스타일 (Oppan Gangnam gaya)” boleh diterjemahkan sebagai “Saya suka gaya Gangnam” atau bermaksud “abang anda adalah Gaya Gangnam“. Perkataan Korea 오빠 (oppa) bermaksud “abang perempuan” tetapi boleh juga digunakan sebagai pertama, ganti nama orang kedua atau ketiga untuk lelaki yang tua atau lebih tua daripada perempuan.
Jika dilihat terjemahan diatas,ia langsung tiada kaitan dengan unsur-unsur kristal @ yahudi seperti mana yang digembar-gemburkan sesetengah media. Gangnam Style adalah sejenis tarian yang diperkenalkan oleh Psy dan ia tidak lebih sebagai tarian.Jadi ia tidak langsung kaitan dengan agenda yahudi.
Bagaimana pula dengan lirik lagu Oppan Gangnam Style? Ada maksud tersirat ke? mari tengok lirik lagu Gangnam Style dibawah:-
English Translation:
Oppa is Gangnam style
Gangnam style
A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist
I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that
I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Beautiful, loveable
Yes you, hey, yes you, hey
Now let’s go until the end
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style, Gangnam style
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
On top of the running man is the flying man, baby baby
I’m a man who knows a thing or two
You know what I’m saying
Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
Dimana part yang dikatakan ada kaitan dengan yahudi?Bagi kami lirik ini tidak ada masalah,tiada menggunakan bahasa kesat @ menghina Islam @ mengajak orang masuk yahudi.Tapi lagu ini lebih kepada kehidupan mereka di Korea Selatan.
Jadi bagaimana?Fikir-fikirkanlah,jangan sempitkan fikiran kita dengan berita-berita sebegini.Selidik dulu sebelum anda mempercayai sesuatu perkara. Sekian.

Tuesday, July 9, 2013

PINJAMAN

-PINJAMAN-
” Berkuatkuasa serta merta, Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama” – Sumber Berita Harian -

Antara sebab ianya diperketatkan adalah kerana kadar household debt to Gross Domestic Product (GDP) ratio adalah antara yang tertinggi di negara Asia yang sedang membangun iaitu 83%. Simple said, rakyat Malaysia banyak berhutang .

Antara Syarat yang diperketatkan antaranya :
1) Pinjaman Perumahan Maximum 35 tahun sahaja
2) Pinjaman Peribadi maximum 10 tahun saja
3) Pinjaman maximum dibenarkan especially buat peminjam baru dicapkan pada 60% dari gaji bersih. Contoh mudah, gaji bersih selepas tolak EPF etc adalah RM2,000 , kadar pinjaman maksimum yang dibenarkan adalah untuk instalment yang berjumlah RM1,200 sebulan.

Pandangan Peribadi saya:

1) Pinjaman Perumahan Maximum 35 tahun saja
- Lebih pendek tempoh pinjaman, lebih sedikit kadar faedah. Pada masa panjang, ianya menguntungkan peminjam dari segi pembayaran faedah kepada bank.

- Kadar bayaran bulanan meningkat. Lebih sukar untuk mendapatkan kelulusan. Memberi implikasi yang agak besar kepada middle Income dan Lower Income untuk memiliki rumah idaman mereka lebih-lebih lagi kenaikan kadar hartanah melebihi kadar kenaikan gaji setiap tahun. Golongan kaya rasanya tidak begitu bermasalah sangat untuk mendapat pinjaman.

- 45 tahun instalment berkurang tapi nampak macam “Pinjaman Dua generasi” . I.e. loan dibuat pada umur 30 tahun ,matang pada usia 75 tahun. Most people bersara pada usia around 55-60 tahun. Tempoh selebihnya, siapa yang akan membayar? Sudah pasti anak-anak kan?.

- Semakin sukar bagi peminjam baru untuk mendapatkan pinjaman pada kadar instalment yang lebih rendah.

Overall, syarat pinjaman semakin diperketatkan dan bank pula mungkin semakin memilih dalam meluluskan pinjaman.

2) Pinjaman Peribadi maximum 10 tahun saja
- Setuju tapi kadar faedah patut diturunkan juga. Jika tidak semakin berleluasa pengguna membuat pinjaman dengan Ah Long dan Pinjaman berlesen/tidak berlesen yang mengenakan faedah yang tinggi especially bila berlaku “Emergency Case” .

Overall, memang ada Pro & Consnya. Apa pula pandangan anda?

Wednesday, June 19, 2013

KETIKA CINTA TAK BERJODOH

-Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain, hanya membuat rasa sakit dan pedih.

-Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak mungkin akan bersama dengan kita.

-Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Segala perih di hati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.

-Percaya lah pada kebesaran NYA. Bahwa DIA tau mana yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

-Jangan pernah anggap putus cinta dengan yang kita harapkan sebagai hukuman dari ALLAH.

-Percayalah, ada rahsia di balik rahsia dan di balik semua peristiwa pasti ada hikmahnya.

-ALLAH Subhanahu Wata'ala Berfirman:

"Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
(QS. Al Anfal: 63).

Monday, April 29, 2013

BR1M (RM500 – RM1200) Lebih Baik Daripada Turun Harga Minyak (RM1.50)? Apa Pilihan Anda?

Sebelum ini, Berita pernah mengeluarkan laporan berita yang mana Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sekitar RM1.50, itupun jika rakyat Malaysia memberikan mandat kepada mereka pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kelak. Walaubagaimanapun……
Datuk Najib melalui ucapan terbarunya menemplak tindakan Pakatan Rakyat yang mahu turunkan harga minyak kerana beliau merasakan pemberian BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 seperti yang dilakukan kerajaan piminannya sekarang lebih baik dan bagus berbanding dasar Pakatan Rakyat.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika dibuat perbandingan antara janji pembangkang yang mahu kurangkan harga minyak dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) – bantuan yang diberikan kerajaan itu lebih baik dan menguntungkan rakyat.
Kita kurangkan (harga) minyak siapa untung? Orang kaya yang untung. Orang kaya yang bawa kereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung.
“Bila kita bagi BR1M siapa untung? Rakyat yang untung. Sekarang ini kita dapat lima keping. Ada yang ketaq lutut orang Kedah kata.
“Bila dapat BR1M bukan sahaja rakyat untung tapi pekedai untung, peniaga pasar tani, pasar minggu pun untung.
“Ekonomi semakin berkembang,” katanya yang disambut sorakan oleh kira-kira 1,000 hadirin.
Alasan yang digunakan Datuk Seri Najib adalah, BR1M lebih menguntungkan rakyat. Manakala tindakan menurunkan harga minyak yang disubsidi, dikatakan tidak menguntungkan rakyat oleh kerana orang kaya dan pekerja asing juga akan dapat menikmati minyak subsidi ini.
Hakikatnya, menurunkan harga minyak memberikan kesan domino terhadap kebanyakan sektor dan ianya melibatkan banyak rantaian ekonomi dan juga rakyat malaysia secara amnya.
Berita Semasa sedar, paras harga minyak ketika ini sememangnya membebankan ini kerana kami sendiri sebagai pengguna harian minyak petrol RON95 juga. Harga minyak yang tinggi, akan menaikkan kos pengangkutan dan seterusnya berkemungkinan, harga barang juga akan turut sama terkesan dan meningkat.

 Jika sekiranya harga minyak dapat diturunkan, ia memberi kelegaan kepada rakyat. Manakala kos pengangkutan juga akan menjadi murah dan berkemungkinan harga barang juga dapat diturunkan.
Sekurang-kurangnya, jikalau harga barang tidak juga turun walaupun harga minyak sudah diturunkan, peniaga tidak mempunyai apa-apa alasan untuk terus menaikkan harga barang sesuka hati daripada masa ke semasa dibandingkan dengan suasana sekarang.
Kami tidak menidakkan terus pemberian BR1M ini juga ada bagusnya. Tetapi adakah ianya memberikan kesan yang besar kepada ekonomi secara keseluruhan? Pendapat kami, pemberian BR1M ini hanya sesuatu bersifat jangka pendek dan bersifat berkelompok. Melainkan bantuan BR1M ini diberikan secara bulanan. Tetapi ia tidak berlaku….
  • Pemberian BR1M 1.0 & BR1M 2.0 : RM5.6 bilion (Barisan Nasional)
  •  Jumlah subsidi tambahan untuk harga minyak menjadi (RM1.50) adalah berjumlah RM6.8 bilion setahun (Pakatan Rakyat)
Bagaimana pula nasib miskin bandar yang berpendapatan lebih sedikit sahaja RM3000 yang tidak layak menerima BR1M? Adakah mereka ini turut rakyat Malaysia juga? tetapi malangnya mereka tidak layak merasai sendiri kemeriahan BR1M 2.0.
  • Realitinya sekarang ini kalangan menteri menikmati tol percuma dan dapat mengisi minyak dapat memikirkan kos bahanapi yang digunakan mereka hasil wang rakyat malaysia
  • Sedangkan, hakikatnya rakyat Malaysia yang acapkali berhadapan dengan bebanan kos sara hidup baik di kawasan bandar atauoun di luar bandar
Sebenarnya,kita boleh terima pendapat sekiranya harga minyak tidak diturunkan kerana atas alasan kos subsidi akan meningkat atau menyebabkan peningkatan penggunaan stok minyak negara. Tetapi, kalau dibandingkan dengan BR1M? Hmmm….membuatkan kita berfikir dua kali.
  • Wang tunai sifatnya sementara & kepuasan jangka pendek berbanding penurunan petrol yang sifatnya kekal yang dikatakan menyeluruh mendapat tempiasnya termasuk kos pengangkutan bahan-bahan makanan, kos pengangkutan awam,
  • Kalangan yang memiliki gaji lebih sedikit daripada RM3,000 tetapi dalam pada masa yang sama tolak duit rumah, kereta, pinjaman PTPTN, pendidikan anak-anak seramai 3-4 orang, duit minyak, duit tol, berapa banyak yang tinggal pada setiap hujung bulan?
  • Tetapi dalam pada masa yang sama mereka tidak layak menerima BR1M?
  • Apakah rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3010 sebulan hidupnya cukup mewah & kaya dibandingkan dengan yang berpendapatan RM3000 + menikmati BR1M RM500?
Ya…kita bersetuju dengan pendapat turun harga minyak memang tidak semestinya menyebabkan harga barang turun. Benar! Tetapi…
  • Sekurang-kurangnya jika harga barang tidak turun ketara sekalipun, dan dalam pada masa yang sama tiada alasan harga barang untuk dinaikkan sesuka hati.
  • Sekurang-kurangnya kos penggunaan minyak seharian berkurang yang mana ramai golongan pertengahan menikmati tempiasnya
 saya perhatikan golongan pertengahan kurang mendapat perhatian daripada pihak kerajaan sedangkan golongan inilah yang banyak menggerakkan ekonomi negara ketika ini. Adakah di Malaysia sekarang ini hanya ada 2 golongan sahaja, iaitu golongan kaya dan miskin sahaja sehingga terlupa kewujudan golongan pertengahan dan hakikatnya golongan inilah yang paling ramai di Malaysia yang rata-ratanya adalah penyumbang cukai kepada negara?
Daripada sudut ekonomi, pemberian BR1M ini telah menyebabkan lambakan tunai untuk tempoh yang sementara dalam ekonomi.
  • Apabila terlalu banyak tunai, bermaksud permintaan untuk beli barang akan turut naik
  • Harga barang akan kekal setelah naik, tetapi apabila tunai di pasaran ekonomi telah mulai berkurang
  • Apa ajdi kepada rakyat selepas itu?
Ya, masalah utama yang memuncak hari ini adalah nilai pendapatan bersih rakyat.

Kesan BR1M RM500 – RM1200 VS Harga Minyak Turun RM1.50?

Apakah kesan Bantuan BR1M?
  • Rakyat dapat duit one-off RM500-RM1200, mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah.
  • Rakyat dapat berbelanja, beli barang atau bayar hutang dengan duit tersebut
  • Ada lagi daripada anda sendiri?
Kesan kepada ekonomi, hutang negara bertambah dan harga barang akan meningkat disebabkan peningkatan permintaan dan spekulasi, pengurangan bban kos sara hidup akan mulai terasa kembali apabila duit telah habis dibelanjakan.
Apakah kesan Penurunan Harga Petrol?
  • Semua lapisan masyarakat dapat jimat duit minyak sebanyak 21% sebulan (RM0.40/RM1.90 x 100%) tidak kira kepada golongan pertengahan, rakyat miskin
  • Penggunaan kos bahanapi terhadap pengangkutan awam, pemborong kalangan perniaga
  • Produktiviti bertambah kerana kos bahan api telah dijimatkan, contohnya salesmen yang kerja luar, sudah jimat duit minyak.
  • Ada yang anda mahu tambah?
Kesan kepada ekonomi, semestinya beban hutang negara turut bertambah, produktiviti bertambah, syarikat boleh buat lebih banyak keuntungan, kos operasi pengangkutan awam dapat dijimatkan, kos operasi perniagaan juga dapat dikurangkan.
Adakah anda bersetuju dengan pendapat Mohd Najib bahawa BR1M lebih baik dari turun harga minyak? Mengapa?

 Azizi Noor Fizi Bin Jamion,Kulaijaya