Tuesday, November 26, 2013

Negara Bakal Bankrup Kalau Tidak Laksana GST? Rakyat Mesti Terima Kenyataan! Read more: http://agendasemasa.com/malaysia-bankrup-laksana-gst#ixzz2lnq5tJs7

Rakyat Malaysia sudah sedia maklum, bahawa pelaksanaan Good And Service Tax (GST) pada tahun 2015 ini telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan Bajet 2014 Oktober lalu.Rakyat juga tahu pelaksanaan GST ini juga telah menyebabkan perbezaan pendapat di antara pembangkang yang juga lantang dalam menentang pelaksanaan GST ini.
Najib Razak, dalam ucapannya menyebut rakyat perlu terima pelaksanaan GST untuk mengelakkan negara terpaksa meminjam wang dan boleh menyebabkan hutang negara semakin tenat dan boleh menuju ke arah kebankrapan.(KLIK SINI)

Hutang Negara Malaysia Tahun 2009 – 2013 Di Bawah Pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak

  • Hutang Negara Akhir Tahun 2009 – RM 348.6 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2010 – RM 390.356 bilion
  • Hutang Negara Akhir tahun 2011 – RM 438.467 bilion
  • Hutang Negara Akhir Tahun 2012 – RM 507.5 bilion
  • Hutang Negara  Suku Pertama 2013 – RM 547.79 bilion
Kalau kita lihat fakta di atas, hanya dalam masa 3 tahun sahaja, iaitu dari tahun 2009 hingga ke tahun 2012, pertambahan hutang negara adalah sebanyak RM 158.9 bilion.Dimanakan perbelanjaan kerajaan ini disalurkan? Takkan lag semuanya disalurkan sebagai subsidi kepada rakyat yang terdiri daripada subsidi eletrik, minyak, dan keperluan asas yang lain?
Hutang negara telah pun berada pada paras 53% daripada KNDK.Dan seingat kami, akhbar Utusan ada menyiarkan kenyataan bahawa kadar hutang negara masih rendah jika hendak dibandingkan dengan Singapore,Jepun dan Amerika Syarikat.(KLIK DI SINI)

Kadar Peratusan Hutang Negara Malaysia, Jepun,India, Amerika Syarikat, German Dan Greece Dengan KDNK

  • Malaysia – 53& KDNK
  • Singapura – 111% KDNK
  • Jepun – 237% KDNK
  • India – 66% KDNK
  • Amerika Syarikat – 106% KDNK
  • United Kingdom – 93% KDNK
  • German – 82% KDNK
  • Greece – 168% KDNK
Sumber fakta ini diambil dari akhbar Utusan Malaysia dalam ucapan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Macam biasa, kalau buat perbandingan harga minyak, Kerajaan akan membuat perbandingan dengan Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sedangkan Malaysia terdiri di tempat ke-27 sebagai negara pengeluar minyak.Tak perlu lihat lebih jauh, Mesir, yang menduduki tangga ke-28 sebagai negara pengeluar minyak, harga minyak RON 95 di sana adalah RM 0.95 sen/liter. Ecuador di tempat ke 30 pula, harga minyak RON 95 adalah RM 1.35/liter.Kemboja, yang langsung tidak tersenarai dalam senarai negara pengeluar minyak, menjual minyak RON 95 pada RM 1.93.liter.Lebih murah!
Pada kami, adalah lebih baik Menteri Kewangan Ke-2, bandingkan pula kadar KDNK negara-negara yang dibuat perbandingan dengan Malaysia dalam kenyataannya.
  • KDNK Malaysia : RM 1.020 trilion (jangkaan tahun 2013)
  • KDNK Singapura : RM 956.7 bilion(jangkaan tahun 2011)
  • KDNK Jepun : RM 17.892 trilion (Jangkaan tahun 2012)
  • KDNK India : RM 5.472 trilion (jangkaan tahun 2011)
  • KDNK Amerika Syarikat : RM 48.732 trilion (jangkaan tahun 2012)
  • KDNK United Kingdom : RM 7.428 trilion (jangkaan tahun 2012)
  • KDNK German : RM 10.287 trilion (jangkaan tahun 2012)
  • KDNK Greece : RM 747.597 bilion (jangkaan tahun 2012)
Kalau dilihat kadar KDNK negara-negara yang disebut di atas, hanya Greece dan Singapura sahaja yang berada di bawah KDNK Malaysia.Tetapi, negara Greece sudah pun bankrap.Dibandingkan Malaysia dengan negara lain di atas, KDNK Malaysia masih terlalu jauh.
Kalau hutang Malaysia berada di dalam keadaan stabil, seperti dakwaan beberapa pihak sebelum ini,  mengapa pula membuat kenyataan negara bakal bankrup kalau tidak laksanakan GST? Terdapat percanggahan kenyataan di situ.Mana satu yang betul? Kami tinggalkan persoalan ini kepada anda!

No comments:

Post a Comment