Wednesday, April 13, 2011

Berbakti kepada ibu bapa

Luqman mendidik anaknya supaya berterima kasih kepada ibu bapa atas susah payah dan jerih perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang.Tunaikan hak kedua-duanya terutama kepada ibu.Ini kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermula daripada proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mendidik anak siang dan malam.
Ketaatan kepada ibu bapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali apabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh islam.Maka ketika itu haram mentaati perintah itu
Lihatlah tingkatan tahap terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini.Logiklah bahawa ucapan terima kasih atau syukur ini diutamakan untuk Khalik(Pencipta).Selepas itu barulah diikuti pula untuk makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

No comments:

Post a Comment