1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan
beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak
disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya,
mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji
bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada
Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia
mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata
kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut
terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar
atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan
kepadanya.
6. Gemar membaca al-Quran dan
berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama
orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.
7. Menghidupkan amar makruf dan nahi
mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada
tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik
terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.
9. Menyambung tali persaudaraan
terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian
kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Adil dalam segala perkara dan
bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada
perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang
diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua-dua orang
tua.
15. Menyambung silaturahim dengan
keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.
No comments:
Post a Comment